Aqiqah Mudah

Daging Aqiqah diberi kepada bukan Islam?

Persoalan berkenaan menjemput orang bukan Islam ke majlis Aqiqah atau memberi daging Aqiqah kepada bukan Islam sering diutarakan oleh masyarakat Islam dan menjadi topik yang sentiasa berlegar dalam kalangan masyarakat.

Terdapat 2 sebab utama perkara ini timbul. Pertama kerana masyarakat Islam hendak memastikan bahawa Aqiqah yang dilaksanakan oleh mereka menepati kehendak agama. Aqiqah merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah dimana jika dilaksanakan mengikut syariat, ganjaran yang besar akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kedua adalah disebabkan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.  Kejiranan dengan pelbagai etnik ini sentiasa harmoni dimana jika ada kenduri kahwin atau rumah terbuka, sikap saling berkunjung sentiasa menjadi amalan. Menjadi keberatan bagi kita sebagai jiran beragama Islam jika tidak menjemput jiran yang berlainan agama untuk sama-sama ke majlis Aqiqah yang kita adakan.

Daging Aqiqah diberi kepada bukan Islam tidak mencacatkan atau menghilangkan pahala amalan tersebut. Walaupun bukan Islam yang makan, Aqiqah tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Keutamaan tetap diberi kepada jiran atau sanak saudara yang beragama Islam tetapi menjemput jiran yang bukan beragama Islam tidak salah. Tentunya kita berharap bukan sahaja doa dan sangkaan baik jiran terhadap anak yang baru dilahirkan, malahan tetamu bukan Islam juga dapat didedahkan dengan amalan di dalam Islam.

Mudah-mudahan dengan daging Aqiqah yang diberi kepada bukan Islam dapat membuka pintu kefahaman terhadap agama yang suci ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top