Aqiqah Mudah

Aqiqah Anak Perempuan

Terdapat juga pertanyaan tentang Aqiqah anak perempuan dimana adakah terdapat perbezaan dengan anak lelaki.

Sebenarnya yang berbeza hanyalah dari segi bilangan kambing yang disembelih untuk Aqiqah. Bagi anak perempuan, bilangan kambing yang disunnatkan adalah sebanyak 1 ekor sahaja.

Diharap para pembaca jelas dengan Aqiqah anak perempuan dan tidak lagi keliru dengan majlis yang akan diadakan.

Hukum Aqiqah Kambing Bunting

Terdapat keadaan di mana kambing atau binatang ternakan yang dijadikan Aqiqah telah bunting semasa disembelih. Memang tiada masalah samaada untuk sembelih binatang jantan atau betina.

Tetapi apabila binatang tersebut bunting ketika disembelih untuk Aqiqah, ia dikira tidak sah dijadikan sebagai Aqiqah.

Oleh yang demikian, kita perlu memastikan binatang untuk Aqiqah tidak bunting terutama apabila memilih kambing betina. Jalan paling selamat adalah memilih kambing jantan. 

Walaupun kambing jantan kebiasaanya lebih mahal berbanding kambing betina, namun kita akan lebih selesa dengan tidak menyembelih kambing yang bunting.

Daging Aqiqah diberi kepada bukan Islam?

Persoalan berkenaan menjemput orang bukan Islam ke majlis Aqiqah atau memberi daging Aqiqah kepada bukan Islam sering diutarakan oleh masyarakat Islam dan menjadi topik yang sentiasa berlegar dalam kalangan masyarakat.

Terdapat 2 sebab utama perkara ini timbul. Pertama kerana masyarakat Islam hendak memastikan bahawa Aqiqah yang dilaksanakan oleh mereka menepati kehendak agama. Aqiqah merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah dimana jika dilaksanakan mengikut syariat, ganjaran yang besar akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kedua adalah disebabkan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.  Kejiranan dengan pelbagai etnik ini sentiasa harmoni dimana jika ada kenduri kahwin atau rumah terbuka, sikap saling berkunjung sentiasa menjadi amalan. Menjadi keberatan bagi kita sebagai jiran beragama Islam jika tidak menjemput jiran yang berlainan agama untuk sama-sama ke majlis Aqiqah yang kita adakan.

Daging Aqiqah diberi kepada bukan Islam tidak mencacatkan atau menghilangkan pahala amalan tersebut. Walaupun bukan Islam yang makan, Aqiqah tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Keutamaan tetap diberi kepada jiran atau sanak saudara yang beragama Islam tetapi menjemput jiran yang bukan beragama Islam tidak salah. Tentunya kita berharap bukan sahaja doa dan sangkaan baik jiran terhadap anak yang baru dilahirkan, malahan tetamu bukan Islam juga dapat didedahkan dengan amalan di dalam Islam.

Mudah-mudahan dengan daging Aqiqah yang diberi kepada bukan Islam dapat membuka pintu kefahaman terhadap agama yang suci ini.

 

 

Aqiqah Anak Lelaki

Terdapat juga pertanyaan tentang Aqiqah anak lelaki dimana adakah terdapat perbezaan dengan anak perempuan.

Sebenarnya yang berbeza hanyalah dari segi bilangan kambing yang disembelih untuk Aqiqah. Bagi anak lelaki, bilangan kambing yang disunnatkan adalah sebanyak 2 ekor.

Diharap para pembaca jelas dengan Aqiqah anak lelaki dan tidak lagi keliru dengan majlis yang akan diadakan.

Masa Melakukan Aqiqah

Masa atau waktu untuk melakukan Aqiqah bergantung kepada ibu bapa bayi tersebut. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sebelum bayi tersebut akil baligh. Namun waktu yang afdal adalah hari ke 7 selepas bayi tersebut lahir.

Pada hari ke 7 itu juga, ibu bapa tersebut boleh memberi nama yang baik kepada bayi tersebut dan mencukur rambut kepala bayi tersebut.

Kadang-kadang ada juga ibu bapa yang terpaksa menjaga dan mengurus anak yang baru lahir sendirian tanpa bantuan ibu bapa atau mertua. Jika hendak dilaksanakan pada hari ke 7 kelahiran bayi tersebut, dikhuatiri akan jadi tidak terurus dan terbeban. Bayangkan pula jika ada anak yang ramai dan suami pula tidak mendapat cuti yang panjang.

Mudah kan? Selepas ini dah tak pening kepala memikirkan masa untuk melakukan Aqiqah.

Selamat Hari Pekerja 2017

Samaada yang bekerja sendiri, kakitangan awam mahupun swasta, Selamat Hari Pekerja kami ucapkan. Semoga kekal produktif dan terus memacu negara mencapai kemuncak kecemerlangan.

Cuti yang ada, elok dimanfaatkan bersama keluarga. Jangan ‘qada’ keletihan semasa bekerja sudah le. Habis seharian nanti di alam mimpi. Hehe

Selamat Hari Pekerja !

Bilangan kambing untuk bayi lelaki atau bayi perempuan

Satu persoalan yang sering ditanya adalah berapa ekor kambing untuk Aqiqah anak lelaki atau anak perempuan. Maklum la bukan setiap bulan dapat bayi kan? Hehe

Bila setahun atau lebih baru dapat bayi, kadang-kadang kita pun terlupa bilangan kambing yang perlu untuk Aqiqah. 

Bagi bayi lelaki, disunatkan untuk Aqiqah sebanyak 2 ekor kambing manakala untuk bayi perempuan disunatkan seekor kambing.

5 Syarat Sah Aqiqah

Bagi memastikan Aqiqah dijalanakan dengan sempurna, 5 syarat-syarat sah Aqiqah di bawah ini perlu diikuti supaya ibadah ini diterima oleh Allah.

1.Niat Aqiqah ketika menyembelih.

Jika orang yang ingin melakukan Aqiqah tiada semasa penyembelihan, tetapi jika telah niat untuk Aqiqah semasa membeli dan yang menyembelih juga bernuat Aqiqah, maka tetap sah.

2. Binatang ternakan berkaki empat

Binatang seperti kambing, biri-biri, lembu, kibas dan unta

3. Memenuhi syarat sembelihan

Antaranya tukang sembelih mumayiz serta berakal, berniat untuk sembelihan, menyebut nama Allah dan sebagainya.

4. Binatang dalam keadaaan yang sempurna (tidak cacat)

Cacat di sini seperti mata yang buta samaada sebelah atau kedua-dua belah, kaki tempang dan terlalu kurus kering.

5. Binatang yang disembelih cukup umur.

Scroll To Top